Sunday, April 15, 2007

Hari Bersejarah









01 Febuari 2007 adalah hari bersejarah bagi diri saya dimana saya telah mengambil keputusan untuk menceburi sebagai ushawan perternakan kambing khusus nya dalam pembakaan. Kandang pertama seluas 24' x 40' siap dibina dengan kos RM15,000.00. Pada 01 March 2007, 55 ekor kambing Boer baka Australia dan baka South Afrika bersama 15 ekor kambing kacukan tempatan sudah memenuhi ruang didalam kandang. Nampaknya dah tak muat !

Ucapan terima kasih kepada ayah saya, isteri dan anak-anak saya, semua ahli keluarga , sanak saudara dan sahabat handai yang memberi sokongan dan membantu dalam menjayakan program ternakan ruminan ini.

Bagi program Pelaburan Insan Insani , kandang M.E Boer & Goat telah mempunyai 3 Blok dengan sejumlah 30 ekor kambing Boer manakala 2 Blok lagi adalah Blok E-pawah , kini terdapat 10 ekor kambing Boer (F4) dan 15 ekor kambing Boer (F4) akan masuk pada 1 Mei 2007. Dirancangkan pada 1 Mei 2007 kandang kedua berukuran 24' x 60' akan dibina - Insyallah.

Bagi Pelaburan Insan Insani & E-pawah, nama-nama pelabur adalah :-

Blok "WAHIDUN" - Muhammad Hilman, Shahbuddin , Noor Azlie Mohammad, Jegom, Norhayati Hashim, Marina bt Ahmad, Ramli Hj Abu Hanif, Rafeah Awaluddin

Blok "ISNANI" - Badrunnisha Hussein, Marina Ahmad, Shahbuddin, Noraziah Md Noor, Adly Mohamed, Siti Khaliesah, Shaik Iqbal Shaik Dawood, Ishak Zainal, EYC-My Seayen

Blok "THALASA" - Siti Khairina, Izhar Moktar, Md Farid Mokhtar, Azizan Pilus, Md Sayuthi, BRASS

Blok "STARFIELD" - Tuan Haji Noordin Kassim
Semenjak kandang kambing siap. Pihak M.E Boer & Goat telah menerima ramai pengunjung dan pelawat yang minat dalam ternakan kambing. Kehadiran dan pandangan mereka dapat membantu kami memperbaiki dan menguruskan kandang dan kawasan sekitar nya dengan lebih baik. M.E Boer & Goat mempunyai seorang pekerja sepenuh masa dan tiga orang perkerja separuh masa. Semenjak kandang beroperasi, pihak Jabatan Haiwan telah membuat 3 lawatan bagi memantau kebersihan dan kesihatan kambing. Terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Haiwan Daerah.

DIARI
14 Mar 07- satu ekor anak kambing kacukan tempatan dilahirkan
16 Mar 07- satu ekor anak kambing kacukan tempatan dilahirkan
07 Apr 07- Perjumpaan pertama ahli forum Kaprima di Kuala Lumpur
13 Apr 07 - penvaksinan semua ternakan oleh pegawai Jabatan Haiwan
05 Mei 07 - Mesyuarat pertama pelabur - pelabur M.E Boer & Goat di Rinching Hilir
19-20 Mei 07 - Perjumpaan ke-2 dan bengkel ternakan kambing oleh ahli forum Kaprima di kandang M.E Boer & Goat di Rincing Hilir



Untuk pertanyaan sila hubungi 012 337 1415 email : millennium_exp@yahoo.com